.adspost { background:#fff; float: left; width: 578px; margin-bottom:5px; padding: 10px; overflow:hidden; border:1px solid #f3f1eb; } /* Ads Spots 125x125 */ #adspot { overflow: hidden; padding:0; } .ad1, .ad3, .ad5, .ad7{ float: left; margin-bottom: 5px; padding-left:0px; } .ad2, .ad4, .ad6, .ad8{ float: right; margin-bottom: 5px; padding-right:0px; }

Sunday, October 3, 2010

Tips Melariskan Blog

Tips Melariskan Blog

Assalamualaikum semua...Lamanya tak update blog ...ni pun baru lepas bersihkan sawang-sawang kat blog ni..hehe ...siap tangkap Lima Ekor Tarantula..Eeeeuuww…Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ..Maaf Zahir dan Batin.
Terima Kasih kepada semua rakan blogger yang tetap berkunjung ke blog ini. Walaupun saya dah semakin liat nak update blog. Anda memang world…
Berikut saya senaraikan antara tips untuk melariskan blog :

1. Jalinkan hubungan baik sesama rakan blogger. Macam anda semua.. baik kat saya.hehe. sebab sudi baca entri ni.TQVM.
2. Jangan sesekali cetuskan pergaduhan. Blog adalah tempat untuk melahirkan idea dan berkongsi pendapat bukan tempat berperang. Kalau da bergaduh sapa nak datang blog kita kan..
3. Hargai setiap pengunjung anda. Shoutbox adalah gadjet paling penting untuk bertukar-tukar URL. Manfaatkan sepenuhnya.
4. Hormati blogger lain. Anggaplah mereka sebagai tetamu anda. Hargai setiap komen dan salam persahabatan dari mereka. Mereka pasti akan berkunjung ke blog anda lagi Paling penting balas semua komen mereka. Itu sebagai tanda penghargaan kerana mereka sudi membaca dan tinggalkan komen untuk kita.
5. Tulislah entri yang ringkas dan mudah difahami mesejnya oleh pembaca. Jika entri terlalu panjang dan mengambil masa untuk loading sudah pasti pembaca akan bosan. Lihat sahaja tulisan blog Ben Ashaari sangat sempoi dari segi bahasa tetapi setiap mesej memang sampai tepat ke hati pembaca. Paling penting jumlah pembaca blog beliau sentiasa ramai dan banyak tips berguna yang beliau kongsikan.
6. Lakukan aktiviti blogwalking terutama bagi yang baru menulis blog. Ini adalah cara yang paling cepat untuk promote blog anda melalui jejak yang anda tinggalkan. Jangan hanya menunggu blogger lain berkunjung ke blog. Adalah lebih baik jika anda yang memulakannya dulu...

still virgin _ hate to miss someone